Pasukan Polis Singapura (SPF) telah diarah untuk menyiasat dakwaan berlaku diskriminasi kaum, pembulian di tempat kerja dan beberapa dakwaan lain, menyusuli kematian seorang pegawai polis pada Jumaat, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Lelaki berusia 36 tahun itu, yang dikenal pasti sebagai seorang pegawai polis, meninggal dunia di hospital selepas beliau ditemui dalam keadaan tidak sedar...





