Di Malaysia, penghibur serba boleh, Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom), yang mampu menyanyi, berlakon dan melawak, menarik perhatian ramai lantas menjadikan program realiti seperti Gegar Vaganza dan Big Stage tular di media sosial.
Di Indonesia pula, bakat sekecoh Elly, iaitu Rina Nose, mula disebut-sebut kerana lunak menyanyi, bersahaja berlakon dan lucu apabila mengacara, ditambah keupayaannya meniru gaya tokoh seni...





