KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) minggu lalu, berikutan insiden pembakaran Al-Quran di luar masjid pusat Stockholm semasa sambutan Aidiladha.
UNHRC menerima pakai resolusi mengenai “menentang kebencian agama yang membentuk hasutan kepada diskriminasi, permusuhan atau keganasan” pada 12 Julai.





