RIYADH: Arab Saudi telah bersetuju untuk membeli dron buatan Turkey, iaitu salah satu daripada beberapa kontrak menguntungkan yang diperoleh Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk ekonomi Turkey yang sedang terkial-kial, sedang Ankara meraih faedah daripada usaha diplomatiknya untuk membaiki hubungan dengan kuasa Arab Teluk.
Encik Erdogan dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menghadiri majlis menandatangani perjanjian antara firma pertahanan...





