JOHOR BAHRU: Polis Malaysia menumpaskan satu sindiket penipuan kerja atau scammer selepas penahanan empat warga Singapura di sebuah kediaman di bandar itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata sindiket itu dipercayai beroperasi di negeri itu dengan menjadikan sebuah rumah di Taman Perling, Johor Bahru, sebagai pusat operasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa Singapura.





