JAKARTA: Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, pada Isnin melantik penyokong setianya, Encik Budi Arie Setiadi, sebagai Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia yang baru dalam rombakan Kabinet menjelang Pilihan Raya Umum 2024.
Encik Budi – sebelum ini Timbalan Menteri Desa, Pembangunan Wilayah Tertinggal dan Transmigrasi – mengetuai Projo, sebuah organisasi sukarelawan yang menyokong Encik Widodo sejak 2014. Beliau...





