Suasana di ruang awam Wisma Geylang Serai (WGS) yang dinamakan ‘Persada’ tiba-tiba bertukar menjadi bak kelab jaz yang menanti kunjungan berbondong-bondong hadirin pada Sabtu malam.
Jika kebiasaannya anda melihat kerusi disusun berderet persis dalam suasana konsert, segalanya bertukar wajah dan susunan apabila bangku bar tinggi dan kerusi kusyen kelihatan di sana sini ibarat anda berada di restoran yang menyajikan santapan...





