Semua projek perumahan awam yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 dijangka siap menjelang awal 2025, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada hari Ahad.
Setakat ini, kira-kira 72 peratus daripada projek Bina Ikut Tempahan (BTO) tertangguh ini – atau 66 pembangunan perumahan – telah siap antara Oktober 2022 dan Jun 2023. Baki 28 peratus projek tertangguh masih dibina, kata HDB.





