Sistem Singapura telus dan dibangunkan untuk memastikan tiada kompromi dalam soal integriti, kata mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam.
Beliau, yang telah melahirkan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, berkata sedang Singapura tidak pernah mempunyai perdana menteri yang menghalang Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) daripada menjalankan tugasnya, “jika ia berlaku, Presiden akan ada” untuk memastikan terdapat ketelusan dalam sebarang siasatan.





