Pencinta dan pemilik kucing yang terfikir ingin membawa haiwan kesayangan mereka itu bersiar-siar sambil menikmati angin laut boleh menyertai satu sesi pelayaran dua jam setengah sekitar perairan Singapura atas kapal mewah bertiang tinggi Royal Albatross pada 8 Ogos ini.
Itulah sesi pelayaran sulung yang diperkenalkan syarikat yang berpangkalan di Singapura, Tall Ship Adventures Pte Ltd, selepas kejayaan sesi pelayaran bersama...





