WASHINGTON: Duta China ke Amerika Syarikat mengadakan pertemuan yang jarang berlaku bersama pegawai tertinggi pertahanan Amerika bagi Asia di Pentagon pada Rabu, umum Pentagon sambil memaklumkan perbincangan tersebut menyusuli rentetan kritikan Washington terhadap keengganan Beijing terlibat dalam komunikasi ketenteraan.
Kenyataan ringkas Pentagon menyatakan Duta Besar China, Encik Xie Feng, membincangkan hubungan pertahanan dan “pelbagai isu keselamatan antarabangsa dan serantau” bersama...





