KUALA SELANGOR: Pakatan Harapan (PH) Selangor yakin gabungan politik itu kekal membentuk kerajaan dengan memenangi sekurang-kurangnya 33 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengakui 33 kawasan terbabit adalah kerusi selamat buat PH dan rakan kerjasamanya, Barisan Nasional (BN) daripada keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.





