KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi amaran terakhir kepada semua pihak, termasuk pemimpin politik tanpa mengira pangkat dan kedudukan, supaya berhenti memainkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), semata-mata untuk mengekalkan dan meraih kuasa.
Beliau berkata pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau semua isu berkaitan 3R yang dibangkitkan, dan akan mengambil...





