Jika anda penggemar drama kegemaran ramai di Netflix tentang kaitan antara kuasa ghaib dengan pendedahan mengenai rahsia pemerintah, Stranger Things, anda boleh berkunjung ke pameran interaktif Stranger Things –The Encounter: Singapore yang kini berlangsung di pusat beli-belah Bugis+ hingga 1 Oktober 2023.
Buat julung-julung kalinya, kedai mainan dan barangan koleksi seni dalam talian yang berpangkalan di Singapura, Mighty Jaxx Group...





