Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, telah memohon maaf kepada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja, Profesor Madya Jamus Lim, kerana menggunakan bahasa tidak beradab di Parlimen yang didengar dari mikrofon semasa persidangan Parlimen pada April.
Encik Tan berkata dalam catatan Facebook pada pagi Selasa bahawa rakaman sesi itu telah tular dan beliau terpaksa mendengarnya kerana “tidak mengingati peristiwa itu”.





