Sokongan kewangan $1.25 juta telah diberikan kepada 478 atlet Singapura daripada 37 sukan yang menerima Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim pada Isnin, iaitu jumlah pengagihan terbesar biasiswa sukan itu.
Penganugerahan biasiswa tahun ini juga menyaksikan seramai 99 penerima berusia 18 tahun dan ke bawah – yang juga merupakan rekod tertingginya – dalam sejarah biasiswa tahunan yang diperkenalkan pada 2010.





