TORONTO: Ratusan anggota masyarakat Sikh Kanada berdemonstrasi di luar konsulat India di Toronto, Canada semalam untuk membantah pembunuhan seorang pemimpin masyarakat bulan lalu, yang masih tidak diselesaikan di Vancouver.
Mereka juga menuduh kerajaan India bertanggungjawab menembak mati Hardeep Singh Nijjar, presiden kuil Sikh dan juru kempen yang mahu mewujudkan negara Sikh bebas yang dipanggil Khalistan.





