Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar dan Pendidikan), akan mengadakan lawatan kerja ke Sumatera Utara dan Aceh dari 10 hingga 14 Julai.
Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad memaklumkan beliau akan bertemu dengan pemimpin wilayah dan pemimpin tempatan serta pertubuhan agama di situ.





