Profesor Emeritus Tan Yock Lin, seorang profesor kanan undang-undang di Universiti Nasional Singapura (NUS), meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada pagi Jumaat. Beliau berusia 70 tahun.
Pemergiannya disahkan dalam e-mel yang dihantar oleh Dekan Fakulti Undang-undang NUS, Profesor Andrew Simester, kepada kakitangannya pada Sabtu, yang dilihat oleh akhbar The Straits Times. “Yock Lin adalah, dan kekal...





