TUARAN: Seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke Sungai Tuaran di Kampung Telibong, dekat Tamparuli di Sabah pada Sabtu.
Kejadian berlaku apabila mangsa, Mohd Hisham Iskandar Azli, dipercayai tergelincir ketika menyeberangi Jambatan Gantung Kampung Damat-Kampung Lakang bersama lima rakannya kira-kira 2.30 petang.





