Daging kambing korban yang diterbangkan dari Australia sebagai sebahagian daripada ibadah korban disediakan Jamiyah Singapura telah diagihkan kepada sohibul korban, iaitu mereka yang melakukan ibadah tersebut, di Singapura pada Sabtu.
Pengagihan itu dilaksanakan melalui perkhidmatan pandu lalu, atau drive–through, di Pusat Jamiyah yang terletak di 31 Lorong 12 Geylang antara 10 pagi hingga 4 petang.





