WAD MADANI: Kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) Sudan didakwa menyerang sebuah bandar terpencil semalam dengan melepaskan tembakan rambang sebelum merompak, mencuri dan merogol, menurut saksi yang turut menjadi mangsa.
Selama hampir tiga bulan, RSF yang dipimpin oleh Jeneral Mohamed Hamdan Daglo berperang dengan tentera Sudan di bawah Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, menyebabkan sekurang-kurangnya 3,000 orang maut dan jutaan...





