Polis telah menahan seorang wanita dan dua lelaki, berumur antara 30 dan 38 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kes gangguan pemiutang haram atau ‘tailong’.
Pada 6 Julai 2023, polis telah dimaklumkan tentang kes gangguan tailong itu di sepanjang Tampines Street 83 di mana dua unit kediaman disimbah cat merah dan dikunci dengan mangga basikal.





