BEIJING: Sangat genting untuk Washington dan Beijing untuk terus bekerjasama dalam kewangan iklim, kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Cik Janet Yellen, pada Sabtu, menggesa kerjasama yang lebih mendalam dalam menangani “ancaman nyata” pemanasan global.
Ulasan beliau itu, yang dibuat semasa dalam lawatan empat hari ke Beijing sempena lawatan Setiausaha Negara, Encik Anthony Blinken, dibuat ketika AS berusaha meredakan ketegangan...





