Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing menggesa agar pegawai perkhidmatan awam Singapura melaksanakan tugas mereka dengan penuh yakin dan berwibawa meskipun mereka menghadapi banyak tekanan daripada pemantauan masyarakat awam.
Sebagai respons terhadap beberapa perkembangan tertentu baru-baru ini, Encik Chan berkata mungkin terdapat sebilangan kakitangan awam yang tidak tahu bagaimana untuk menangani pemantauan teliti ini.





