Bagi mengurangkan komplikasi selepas pembedahan, Hospital Besar Singapura (SGH) beralih kepada sebuah alat Kecerdasan Buatan (AI) baru bagi membantu para doktor menilai kesesuaian pesakit untuk menjalani pembedahan.
Ciptaan warga kerja di hospital, Penilaian Gabungan Risiko Yang Dialami dalam Pembelajaran Mesin-Pembedahan (CARES-ML) boleh melihat sejarah kesihatan seseorang pesakit, status fizikal dan keputusan ujian lain seperti ujian darah supaya ia lebih tepat...





