Ketika saya kecil, saya tidak pernah berminat untuk mengenali sejarah keluarga saya. Namun, apabila kami perlu berpindah dari rumah keluarga kami pada 1999, saya mula menyedari tentang kepentingan mengetahui asal usul saya dan, lebih penting, keperluan untuk memeliharanya.
Rumah keluarga saya, Gedung Kuning, diperolehi pemerintah pada 1999 dan dibangunkan semula sebagai sebahagian apa yang kini dikenali sebagai kompleks Pusat Warisan...





