LONDON: Liverpool telah menandatangani pemain tengah, Dominik Szoboszlai, daripada kelab Bundesliga RB Leipzig dengan perjanjian bernilai £60 juta ($103 juta).
Pemain Hungary itu, yang telah menandatangani kontrak lima tahun, merupakan pemain kedua yang akan berpindah ke Liverpool, susulan pembelian pemain tengah Argentina, Alexis Mac Allister, dari Brighton yang bernilai £35 juta.





