Presiden baru Persatuan Ulama Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, telah banyak terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ini bukti beliau menitikberatkan masyarakat dan sentiasa berusaha membawa perubahan positif.
Demikian kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu catatan Facebook pada Rabu. Beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan Ustaz Tarmizi sebagai presiden Pergas...





