Membulatkan tekad dan mengorak langkah meninggalkan pekerjaan sepenuh masa sebagai jurutera gentian optik, Encik Sumadi Sapari telah melabur masa dan tenaga untuk mengambil alih dan mengusahakan perniagaan arwah bapanya, sejak 2013.
Pemilik generasi ketiga gerai, Selamat Datang Warong Pak Sapari di Pusat Makanan Adam akur bahawa di peringkat awal mengendalikan perniagaan tersebut, pelbagai cabaran dihadapi.





