LONDON: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, ingin menyertai Bayern Munich dan pihaknya telah mengadakan perbincangan berkenaan terma-terma peribadinya bersama juara liga Jerman itu.
Bayern dipercayai sedang berusaha mendapatkan persetujuan dengan Tottenham Hotspur bagi harga pemindahan pemain itu.





