Seorang jemaah haji wanita berusia 61 tahun dari Singapura meninggal dunia akibat serangan jantung pada Selasa (27 Jun).
Jemaah itu ialah Cik Wan Bee Mohamed Gousmia dan menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) berkata beliau meninggal dunia di Hospital Alwadi Mina, di Mina. Keluarganya telah dimaklumkan.






