Kelompok denggi di Toa Payoh naik kepada sejumlah 172 kes, bertambah sekitar 25 peratus daripada 139 kes yang dilaporkan minggu lalu.
Pada Selasa, laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata kelompok di beberapa blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta di kondominium Oleander Towers di Lorong 1 dan lorong 2 Toa Payoh mempunyai “kadar penyebaran yang agak pantas”, dengan 113 kes...





