Kecerdasan buatan (AI), pekerja platform dan pekerja bergaji rendah – itulah tiga isu utama berkaitan mata pencarian dan ekonomi warga Singapura yang patut menjadi kebimbangan bagi pembuat dasar, menurut Presiden Halimah Yacob.
Beliau berkata demikian semasa sesi dialog yang diadakan pada majlis makan malam bagi meraikan ulang tahun ke-35 Institut Kajian Dasar (IPS) di Hotel St Regis pada Isnin.





