MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menyatakan tindakannya sengaja membiarkan militia Wagner melakukan pemberontakan berterusan selama 24 jam pada Sabtu adalah demi mengelakkan pertumpahan darah dan mengukuhkan perpaduan negara.
Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen pada petang Isnin, Encik Putin memberi amaran sedia memusnahkan pemberontakan, yang disifatkan ramai pemimpin Barat sebagai mendedahkan kelemahan Encik Putin sejak menyerang Ukraine 16 bulan...





