Seorang penunggang motosikal warga Singapura maut setelah motosikalnya dikatakan terbabas di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di selatan Johor Bahru pada pagi Isnin.
Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Ibu Pejabat Daerah Selatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berkata ia menerima panggilan tentang satu kemalangan melibatkan motosikal Singapura di Kilometer 3 Lebuh Raya EDL sekitar 1.50 pagi.





