Seorang wanita yang menyuruh menantu lelakinya, seorang pegawai polis, menghapuskan rakaman video yang menunjukkan dia dan anak perempuannya mendera pembantu rumah mereka hingga mati, dikenakan hukuman penjara tambahan tiga tahun pada Isnin.
Prema S. Naraynasamy, 64 tahun, mengaku bersalah pada 15 Jun bagi satu pertuduhan menghasut Kevin Chelvam, 44 tahun, supaya menghapuskan bukti-bukti kesalahan yang dilakukan di flat mereka di...





