Dengan landskap dunia yang berubah-ubah dan hubungan antara orang ramai yang mudah tegang dek pelbagai cabaran, keharmonian kaum dan agama memainkan peranan yang lebih penting kini.
Oleh itu, usaha perlu giat dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan agama untuk mengelak daripada perselisihan faham, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.





