Syarikat hartanah dan insurans mungkin akan diwajibkan untuk menyerahkan data pendapatan komisen ejen mereka secara langsung kepada pihak berkuasa cukai jelang 2024, jika satu cadangan yang dikemukakan Kementerian Kewangan (MOF) diluluskan.
Dalam kertas perundingan yang dikeluarkan awal Jun 2023, MOF mencadangkan supaya syarikat perantara wajib menyerahkan maklumat pendapatan orang yang bekerja sendiri (SEP) secara langsung kepada Penguasa Hasil Mahsul Singapura...





