WASHINGTON: Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat menjangka akan terus menaikkan kadar faedah tetapi pada kadar yang lebih perlahan, pengerusi Fed, Encik Jerome Powell, memberitahu sidang Kongres pada Rabu.
“Memandangkan sejauh mana kita telah melangkah, mungkin masuk akal untuk menaikkan kadar tetapi berbuat demikian pada kadar yang lebih sederhana,” katanya kepada Jawatankuasa Dewan mengenai Perkhidmatan Kewangan.





