Lebih 150 gerai menanti pengunjung ke pameran pengantin The Wedding Affairs 2023, anjuran MegaXpress International Pte Ltd, bermula Jumaat, 23 Jun hingga Ahad, 25 Jun.
Di pameran yang bertempat di Singapore Expo Dewan 6A, pelbagai perkhidmatan bagi majlis perkahwinan seperti andaman, hiasan, katering, khidmat deejay, fotografi, kek, berkat, gubahan, kad undangan, pakej bulan madu dan percutian serta lain-lain lagi keperluan...





