Sektor runcit Singapura bakal dipertingkat dengan penubuhan sebuah institut yang akan membantu industri itu menarik dan mengekalkan bakat.
Dilancarkan pada Isnin, Institut Peruncitan Hab Pembelajaran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC LHUB) itu akan bekerjasama dengan ketua industri bagi membangunkan sebuah rancangan pembangunan kerjaya dengan mengenal pasti trend baru untuk memilih dan menyediakan kurikulum dan latihan kemahiran yang relevan bagi menarik...





