RIYADH: Seramai 718,030 anggota jemaah pelbagai negara tiba di Madinah melalui pintu masuk udara dan darat untuk menunaikan haji tahun ini, lapor agensi berita, Saudi Press Agency, pada Sabtu.
Jawatankuasa Haji dan Lawatan berkata menerusi laporan perangkaan, jumlah ketibaan pada Sabtu mencecah 29,090 jemaah, yang mana 25,962 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.





