KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi maklumat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat pendedahan pembabitan pemimpin politik dengan kegiatan judi dalam talian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata perkongsian itu bertujuan menentusahkan pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat semalam, selain menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.





