Jumlah bapa yang memanfaatkan cuti paterniti dibiayai pemerintah meningkat dua kali ganda sejak ia diperkenal sedekad lalu.
Lebih 50 peratus golongan bapa warga Singapura yang bekerja mengambil cuti paterniti berdasarkan data hingga akhir Mac 2023, berbanding 25 peratus pada 2013, menurut perangkaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD).





