Bagi mencapai sasaran mengehadkan pemanasan Bumi kepada 1.5 darjah Celsius atas paras pra-perindustrian, Singapura perlu memperdalam pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mencapai penemuan besar teknologi dan mangkin peralihan tenaga sejagat, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.
Berucap di pelancaran Makmal R&D Korporat REC@NUS bagi Generasi Fotovoltaic Selanjutnya (REC@NUS Corp Lab), Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi...





