Setiap pelanggan pasar raya FairPrice kini boleh berjimat hingga $2,000 di bawah satu inisiatif yang dinamakan ‘Save Every Day’ dari 15 Jun hingga 13 September 2023.
Kempen itu, yang dilancarkan pada 15 Jun oleh FairPrice Group (FPG), menawarkan hingga 400 kupon diskaun yang boleh digunakan bagi pembelian pelbagai keperluan harian.





