Usah tergesa-gesa mengejar kejayaan sehingga tidak sabar menanti hasil satu kerja seni diterima ramai dan mendapat pengiktirafan tertinggi.
Kadangkala penantian 20 tahun itu perlu untuk benar-benar merasakan impak pengabdian pada seni yang dicintai itu ‘menjadi’ dengan naskhah yang ditulis dan pengorbanan yang selama ini dilaburkan menyentuh jiwa golongan yang menghargai kerja kreatif.





