THE HAGUE: Peguam yang mewakili Russia pada Rabu menolak penjelasan Ukraine tentang penembakan jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17 di Mahkamah Dunia awal minggu ini dan menyifatkannya sebagai ‘cereka’.
Ukraine menuduh Russia di mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melanggar perjanjian antikeganasan PBB dengan membekalkan dan membiayai pasukan pro-Russia, termasuk militia yang menembak jatuh pesawat MH17, membunuh kesemua 298 penumpang dan kru...





