Lima wajah baru telah disertakan dalam skuad bola sepak nasional Singapura yang akan bertemu Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon di Stadium Negara Jun ini.
Mereka ialah penjaga gawang Balestier Khalsa Hairul Syirhan, pemain pertahanan Hougang Jordan Vestering, pemain midfield Tanjong Pagar United Fathullah Rahmat dan Naqiuddin Eunos, serta kapten Young Lions Harhys Stewart.





